maaf kak lola hilang ayat untuk menulis sepanjang minggu nie.
kehilangan...
cucu yang tak sempat kak lola lihat, pegang dan kenali...Muhammad Afiq bin Nor hisham.
Di lahirkan lewat hari raya haji 2 bulan yang lalu.
Si ibu masih berpantang, kerana masih berpantang...jejak tanah adalah antara yang di larang.
kak lola hanya sempat berhari raya dan bergurau senda dengan si Kakak Qistina.
Kini adik telah pergi Qistina.
Adik mana? tanye Qistina .
Adik dah tidur dalam tanah eh ibu? jawab Qistina sambil melihat adik di kebumikan Ahad lalu.
Adik dah pergi kembali kepadaNYA.Begitu kata nenek pada Qistina di tanah perkuburan islam sg kertas.
Doktor kata tak pasti punca. Pernafasan adik tibe tibe terhenti.
Kisah tak sedap dari Hospital Selayang di luahkan kakak ipar sebagai nenek,
memedihkan hati nenek Lola juga mendengarkannya.
Macam macam lemparan negative di simbah kepada wajah ibu dan ayah Qistina hanya kerana mereka ibu bapa yang masih mentah. Kami dari kelurga baik baik ok.
Lidah manusia memang tak bertulang.
Cakap mulut sesedap rasa je mereka di hospital tu. Geram ulu hati kak lola di buatnya.
Kisah2 penderaan dan membuang bayi yang bertaburan sejak kebelakangan ini mengheret ibu dan ayah Qistina dalam process mendapatkan jenazah baby berusia 2 bulan dengan process yang payah.
Allah menduga kesabaran.
Nenek lola mendengar, hati terluka. Meleleh air mata pun tak guna.Berkat doa dan pertolongan dari NYA yang maha BERKUASA.
nasib baik Nenek ruby selaku orang kuat jabatan polis negara menghulurkan bantuan memudahkan cara.
Asar adik di kebumikan.
Ah! rupanya hati ini lembut. Air mata mengalir setiap kali mengenangkannya.
Al-fatihah buat adik. Semoga adik berada di singahsana indah itu seperti di janjikan olehNYA.
***
main main dengan Inas pengubat sedih dalam dada.
Inas & nenek.
Sejak hari itu..memang tak ada mood nak menulis.
Bukan tak menulis.
Tapi bile menulis. delete semula.
Senyuman manis di bibir, hati sayu tuhan saje yang tahu.
Lewat petang ahad yang lalu,
semuanya berkumpul di rumah Abangku di Kg Nakhoda.
Alhamdulillah Sham dan Ros tabah menghadapinya. Kamu masih muda.
Semoga terus kuat berusaha menempuh hari hari mendatang.
Di izinkan Allah, pasti Qistina dapat adik lagi.
Al Fatihah buat cucuku Muhamad Afiq Aqif Nur hisham.
Mood | blank
No comments:
Post a Comment