Saturday, December 17, 2011

Lepas kawen gemuk macam Bas

2011 dah nak habis ni.
Detox time!!!!

Perempuan mana la yang tak mo slim lentik cam gini kan.
Stress? Jom shopping di JUMAA

$$$$$$$$$$$$$

News at 8pm semalam.

Peratusan Malaysian GEMOK meningkat.
Terasa tak?
Pergi lari depan cermin...pose kiri, pose kanan. Lemak bertaburan...Krek!cermin pun retak kan.
{ hahahaahhaha ni lawak utk diri sendiri yea...jgn terasa lak wahai pembaca }

of cos!
Aku yang tak berapa nak gemuk macam Bas pun...ada la jugak terasa skit skit...
sebab aku sekarang dah pakai baju , seluar, pants size L ehem..size XL pon dah ada dalam cupboard tu ha.... { berani buat pengakuan satu dunia?..cube tengok! }

Hidup biar la berpijak di bumi yang nyata.

Tak macam zaman dulu dulu masa usia aku 20 an, makan la nasi besar lori minyak SHELL pon...badan aku maintain dengan kebaya size S. Tak payah corset Premium Beautiful. Tak payah!
Aku pun pernah muda dan slim kan.
Semua orang perempuan akan melalui process hidup yang sama.
Usia meningkat...body naik lemak sana sinun.
Kalau ada yang slim kering tu...bonus la kat dia orang. Mungkin jugak satu ujian dari DIA yang maha mengetahui....;)

Apa? adik tak terasa pon kalau orang kata adik GEMOK?
Ehem...
Tak terasa apa apa pun walaupon berat badan ko dah 180kg? Nak tunduk tgk ibu jari kaki pun dah tak nampak.. Emmm..kronikkkkk.
sama ada you memang degil, or
you memang suke orang panggil you GEMOK.
OPS! jgn la maki ai...

Sorry, ayat hakak may be kejam...tapi betol kan? :)
Bukan jugak hakak nak menyokong si KURUS adalah manusia paling cantek dipandang dan di jamin sihat seratus dua peratus yea.

Hakikatnya....
bile dengar news jam 8pm announce...Peratusan Malaysian bersize sederhana dan mengamalkan hidup sihat MENINGKAT dari tahun lepas.
Sedap di dengar bukan?
Aura model slim cantek bergaya iras2 Maya karin terus menyerap dalam jiwa raga kan?
Terasa diri sungguh cantek, keyakinan terus UP dan senyuman menawan hati ramai yang tertawan pastinya.

Mulut orang.

Yang si kurus tu...sound kat telinga akak semalam
 " ko tak payah beli diet pil ka, slimming tea ka, corset  mahal2 ka.....Tak payah.
ko makan je buah & sayuran 10 hari straight..confirm kurus! " ayat si kurus la...ye la sebab ko kurus.
Bole la ko cakap macam tu kan.

Yang si tak berapa nak kurus la pulak sound aku
" ko tu mana tahan tak makan nasi...semua bende ko sebat memang la ko gemok...lepas kawen ni,
lagi la aku tengok ko gemuk ...ko nak jadi macam Maya karin? iras2 pon tak de nyeeeee laaaaa"
Sebab ko bole tahan tak makan nasi selama 2 tahon bole la ko cakap macam tu kan.

Perempuan kalau dah di tuduh gemok, perghhhh...terus terang.
Memang rasa nak PANGGGGG.
Nasib baik nama pun kawan kawan tersayang kan.
Tadahkan saje.
Mungkin lebih elok kata kata tersebut di ambil dari persepktif positif...buat peringatan mengawal makanan sehari hari.
Bagus jugak ada molot yang mengingatkan....tapi kalau kata kata keluar dari molot puaka kawan kawan yang dah memang kite kenal...apa ada hel. Kan.

Namun, kalau hati dan jiwa kite memang tak mahu jadikan kurus dan sihat itu satu matlamat.
Maka tiru la macam kak lola sekarang ni. Hiks!

Makan macam biasa.
Senaman petang2...dah TAK DAK. Muahahahahaha...ayat kat atas tadi, gaya macam hakak dah kurus macam Noor kumalasari je kan.


Hari tu ye ye aku masok kelas senam, kick boxing la, tango dance la bagai..hahaha hangat2 taik kuching je...as usual.
Lepas habis bulan puasa....semua tu ke lautttttt di tinggalkan.
Nak mulakan semula. Macam macam alasan di reka bina. Nanti la..nanti la..aku ini la..aku itu laaa.
Alasan.
Adussss
Lemahnya melawan mental kan.

Yakin dengan senaman.

Aku perempuan yang percaya pada permakanan sihat, makan apa pun dengan dalam quantity sederhana
dan dan dan dannnnnn dalam masa yang sama senaman.
Kurang kan makan nasi,
amalkan minum air kosong dengan jumlah yang sesuai dengan berat dan tinggi kite
dan senaman yang consistent juga amatlah penting.

Perlu di ingat jugak...
Usia dah meningkat lewat nak masok 40 tahun 2 tahun lagi...bukan la usia yang metabolism tinggi macam roket pejuang Amarika yea adik adik.Hari isnin ni senam, keluar peluh setempayan. Idak la bole lagi nak pakai size XS petang Selasa ye adik adik. Isnin ...tahunnnnn bile tu kena tanye. Kannnnnnnnnnn ;)

So,
Process penghadaman dan pembakaran lemak dengan betol perlu di pahami sebagai basic untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.
Kalau hari ni telan slimming tea, esok nak kurus kering macam Lisa surihani. Hmmmm...padamkan saje la mimpi2mu dan angan kosong mu itew.

Italy pun tak di  bina dalam satu hari.
Ini kan pulak nak bakar lemak. Ye dok?


Product Melilea masih ada sebotol kat dapur hakak tu ha....seksa nak habiskan.
Sebab warna dan rupe dia sebijik macam muntah budak. Nak detox punya kes. Hakak hadap!
Tapi aku dah berjaya gak la habiskan 1 botol pertama kan.Kagum dengan diri sendiri.
Nak habiskan botol ke dua..seksa dan perit macam terperosok dalam lubang jamban.

Apa agaknya product yang seangkatan dengannya dan mampu membuatkan aku sangat rindu nak
minum pagi pagi ek?
Pastu,
pastinya bole buat hakak kurang kan lemak kat powot ni ha...dan
bole buat akak nampak segar sepanjang tahun , kulit cantek puteh berseri macam awek Korea...dan
tak comot dengan pigmentasi yang dah tak sabar2 nak menonjolkan diri...dan
harga mampu milik...dan
pastinya sedap dan enak di telan setiap hari.

Wah! ko pempuan ...sedor diri ke tak masa menaip ni? Kahkahkah

Happy weekend & reading ladies.
Jum shopping di JUMAA OH JUMAA :))

Mood solo kat rumah - Lily-


1 comment:

  1. As salam lola.... enjoy reading yr blog... gelak hakak sorang2.. lucu jgk ko ni lily... salam kenal ye!

    ♡ annarina ♡

    ReplyDelete