Tuesday, December 13, 2011

12 December itu...Aku

Hahaha...dah lama tak ke udara.
Apa kes lama tak ke udara kak lola ?

Aha..meh sini cheq nak cerita :))

Yea, aku merajuk....sebab hari tu ada la adikmanis sekompeni dengan aku secara tak sengaja kut mengkecohrablekan ruangan luahan perasaan rahsia aku ni....Dahhhh la budak budak hok jatey baca tulisan jiwa lara aku ni. Malu mak nyah!!!

Ewah! Rahsia la sangat...
dah habis kesan merah di pipi haka menahan rasa malu yang bersawang dalam hati..maka..

Hari ni berkat doa kawan kawan, aku naik meroyan gakla merajuk lama lama kan.Jadi, aku dah boring merajuk. Dah tak lawo bak kata Addyolah. hikhik
Maka aku open balik ruang rahsia peribadi aku ni untuk tatapan korang yang aku kasihi. Oh doniaa!!!! pandang lah lihat la...tiru macam saya....kehkehkeh.

Ehem nak pesan sikit kat sini..
Ilmu yang baik dari tulisan di sini , amikla buat panduan kan
Yang tak berapa elok...jangan amalkan yea.

Al maklum saje la, akak ni pun manusia biasa. Tak tegar di adili dan di hakimi. Ada kala leka menghiris hati apa bila berjenaka ...tak gitu? :)


Hari ulang tahun kelahiran Lola yang ke 3X ... siap X kan... kahkahkah.

So hari ni, lepas makan kek hasil belanje anak buah kesayangan aku buat ulang tahun hari kelahiran aku yang ke tiga pulohhhhhhhhhh...{ mak datok! banyak siot number ko nih nyah...kihkih} Ok.
Malas nak sebut la kan. Kang korang terus hilang mood nak layan blog veteran ai ni sambil tekan tekan sampoa nak kire usia ai kan.


Raspberry cheesecake ni sedap infiniti ok!!! Thank u Fawaaaaa .


Kah!
Aha...kakak kesayangan ai tak jumpa spec dia semalam.
Maka dia sms ucapan happy besday ai tadi.
Bunyiknya...Assalamualaikum,
Lola...selamat hari lahir. Semoga sihat sejahtera dan di anugerahkan kemewahan ilmu dan nilai diri yang mulia.
Maaf terlewat dah tulis tapi tak hantar last night.


Ngeee.
Setiap kali aku terima ucapan dari orang2 yang sayangkan aku. Aku sebak. Uhuks. Ai adik yang emo you..:)) Dah tua bangka pon emo...

Hari ulang tahun perkahwinan NO 1.

Happy semacam kan?
Boleh tidak...
baru semalam encik suami belanje makan sedap. Dah lama tak makan sedap la tahun ni.
Bile dapat berdua duaan, makan sedap. Rasa macam masa mula mula bercinta.Mak ai! manis sekali..hahahaha salmon cicah mustard nih .
Alahai...takat makan sedap jek? Cincin permata bertahtakan diamond Bintang 3 tak dapat ke?
Ehem...
Takan nak cerita semua kan.
Seperti pasangan pasangan yang dah berumah tangga. selalunya...selalunya laaa..
ada yang berbulan madu lagi sekali...pergi Paris, Venice..Bali.
ada jugak yang duit terlebih...belikan rumah penthouse kan.

Aku..bersyukur di temukan dengan encik suami yang bertanggung jawab, penyabar, dan penyayang.
Tak mampu rasanya nak mintak lebih2 hadiah hari ulang tahun perkahwinan kami.
Tapi kami idak la pegang2 tangan sambil nak makan, nak pegang pisau potong salmon bagai kan. Ahaks!
Pengantin tua tapi rock sambut hari ulang tahon no 1 you.

Just the TWO of us...Complete each other.

Me...

Him..


***

Aáh selepas berehat sebentar dari dunia penulisan di ruangan ni.
Aku sebenarnya habiskan banyak waktu berhijrah jiwa raga physical  mental dan lokasi villa cinta kami. Woweeeeeeee
Aku ruangkan banyak masa dengan encik suami sempena hari ulang tahun perkahwinan kami yang NO 1.:))
Aku HIJRAH besar besaran jugak la tahun ni. Doakan yang baik baik jugak untuk aku dan suami yea.
Aku juga banyakkan focus kepada perniagaan yang aku sedang usahakan dan kembangkan....tak lain dan tak bukan ...hanya JUMAA OH JUMAA
Aku jugak ruangkan banyak masa melawat dan bertanya khabar kawan2 yang aku dah lama tak jengok sampai la ke Melaka, sambil makan kupang dan ketam di temani gerhana bulan lagi kau. Gempak tak?

Yang terbaik hanya dariNYA yang maha ESA. Alhamdulillah ya Allah. Sayuuuu

Ombak Rindu


Tajuk movie gempak tahun ni...sape yang tak pergi menonton lagi. Sile lah. Tak nak? Rugi.
Serius.
Hakak yang tak berapa nak gilerkan movie cedukan dari novel melayu pun tersentuh wei. Takan korang nak kondem cite Melayu je wei..pi la pekena sekali.

OPs! ada sorang kawan aku yang aku rindui..lama gile tak jumpa. Bile nak jumpa nih? Ke dah tak nak jumpa jumpa dah? Nak main email2 je eh...:))

Tapi

aku sempat jue meluangkan masa ke Melako, melawat mommy yang sedang berpantang dan baby IKA yang sangat suke camera. Wah! saling tak tumpah macam ibumu yek.
Pengapit ku dah selamat melahirkan baby IKA beberapa hari yang lalu. Diana dah jadi Ibu.

Puas hati dengan actviti terkini yang aku lengkap tunaikan..
So, hari ni aku beraksi kembali dengan azam dan tekad baru.
Di villa ku yang baru jueeeeeeeeeeeeeee ;)
Jemput masokkkkk ....ha masok masok..teros masok pi dapur eh. Buat la milo sendiri.Kahkahkah

Mood happy & bersyukur | Lily



No comments:

Post a Comment