Tuesday, May 1, 2012

Happy Life Project || Bersih SANGAT LA KAU



Masok pantry di pejabat petang semalam,
sekumpulan pekerja kaum berbangsa Cina, dan India berborak tentang perhimpunan BERSIH. 
Melayu tak de dalam borak borak itu.

Malaysia hari ini yang kak lola rasakan tak macam Malaysia dulu.
Dulu kak lola berborak tentang apa sahaja dengan Mun Se00ong, dengan Nirmala tanpa rasa benci dan sakit hati. Kami bahagia jadi kawan. Kalau ada kecikkan hati, kami mohon maaf antara satu sama lain.
Sekarang?

***

Tak habis habis lagi tentang perhimpunan BERSIH.
Dia kata polis provoke.
Polis kata org tua sakit jiwa tu yg provoke.
dalam keadaan yang berlaku, Allah sahaja yang tahu isi hati mereka.
manusia menuduh menunding jari, mencarut dan memaki hamun di sana dan sini antara sesama manusia.

Nauzubillah.
Rasa kasih sayang makin pupus je rasanya 

Kak lola masok pantry, senyum, diam tak berkata
sebab nak isi air cholorphyll kak lola yang dah ke paras nak habis.
Sangat ketara, apabila kak lola masok...semua jadi diam. Masih ada yang bersok sek sok sek bersuara perlahan berbanding sebelum kak lola masok.
Kenapa?
Kak lola bukan rakyat Malaysia ke? tibe tibe nak diam senyap sunyi daripada perbualan yang rancak tadi?
oh...sebab kak lola berbaju kurung dan bertudung kah?

Hemm....rata rata yang kak lola tengok, dengar komen2 di berikan
 semuanya bende tak elok.


***

Kak lola kategorikan mereka yang berhimpun di perhimpunan tempohari sebagai #BERSIHSANGATLAKAU#
Kalau ceramah agama, majlis ilmu, kelas yang wajib korang hadiri kat kelas tu,
 tak pulak korang nak berlonggok berpanas menimba ilmu sebegitu rupe kan.

Ini hukum karma BERSIH sebenarnya adik adik sebangsaku



if u dont have Karma Cleanse in ur HEART.Cleanse ur self/heart 1st ok.

Mood kak lola || Usahla jadi manusia tak berILMU. 
Oh yang paling sadis sekali...aadik adik yang belum habis BELAJAR ...tapi mengikut manusia penuh DENDAM dalam jiwa.





1 comment:

  1. hari pertama pesta buku 2012 kebetulan jatuh pada tarikh yg sama utk BERSIH.

    saya lihat sendiri dengan mata kepala sendiri betapa, sudah hilang tatasusila masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yg berbudi bahasa.

    dalam hati menangis tak berlagu... sedih...

    ReplyDelete