Friday, February 17, 2012

Hari 39 Perjalanan SLIM kak lola | Kesedaran terbina

Salam Jumaat adik adik...

Hari ni ramai pulak yang  ajak kak lola chat di FB, yang PM kak lola tanye pasal product ramai jugak.
Yang set date ajak buat appointment pon boleh tahan.

Alhamdulillah kan...
kesedaran tentang pentingnya jaga kesihatan, jaga kadar kolestrol yang tak nampak dik mata kasar, jaga kadar gula dalam darah agar tak berapa nak manis sampai ke kencing, serta powernya peranan LEMAK bertukar menjadi tenaga kepada badan kite di kalangan kawan kawan yang kak lola sayangi semakin BERTAMBAH.

Matlamat no 1 macam berbau tercapai ni :)
Alhamdulillah..moga moga lebih ramai yang cepat sedar ya Allah.

Potential customers

Hari ni sempat la jugak kak lola layankan beberapa kisah sedih manusia di luar sana...
sadis al sadis...

Adik manis di Nilai industrial park ni kak lola tak kenal pun dia....tapi sebab Happy Life Project dan cepat kurus.com beliau berkongsi kisah ayah yang tersandar di hospital kerana penyakit 3 serangkai...
kencing manis, 
darah tinggi, 
jantong dannnnnnnnnnnnnnnn paru paru berair. Allahuakbar. 
Kak lola mampu mendengar sahaja buat adik manis. Kak lola nak tolong bab lain....tak tertanggung rasanya. InsyaAllah, selepas beliau balik menjenguk orang tuanya di kampung, semua yang beliau nak tahu tentang product kesihatan kelas dunia ini akan kak lola kongsikan pada adik  manis andai cite2 beliau seiring dengan kak lola. InsyaAllah.

lepas tu..ada pulak PM lagi satu masok.
Adik manis di AMWAY pon tanye tanye....padahal dia kerja di kompeni kecantekan dan wellness product tersohor tu. Orangnya masih muda, masih SLIM tapi sangat prihatin tentang kesihatan. Baguskan orang2 muda yang prihatin tentang kesihatan diri ni. Macam macam soalan di ajukan. Panjang mcam novel jugak kak lola jelaskan.

Adik manis di company IT sanun tu memang serba nak tahu. Siap bagi no telefon terus. Kih! Macam teruja sangat la kan. Kak lola kena susun atur appointment yea. Sabar. Lepas jumpa dengan Duta dari Singapura esok, kak lola akan ring ring yea.

Adik junior kak lola sama sama menuntut di Amarika dulu kini sudah bergelar tokey berjaya di Sg Buloh pon dah rajin2 nak hai hai kak lola. Kawan kawan yang dahulunya senyap sunyi buat hal hidup masing masing. Kini dah ringan molut nak hai hai kak lola sejak menjak kak lola usahakan Happy Life Project.
Pelik aku.

Kenapa agaknya yek tibe tibe ramai kemain nak tegur2. Dulu time kak lola tak sesibuk hari ni idok la pulok kome nak tegur2. Hmmm...

Sharing

Adik adik di bawah didikan kak lola  pon dah semakin mantap berkongsi tentang detox dan SLIM, super chlorophyl dan Happy life project.

Kesian kak lola dengar adik adik kak lola muda muda dah stress. Bile kaji kaji..rupenya period pain.
Kak lola pon ada masalah yang sama.
Period pain sakit berdenyut yut yut kemain. Kepala berdenyut denyut jugak. Apa je bahagian badan tak berdenyut.
Ada jugak adik2 kak lola yang period berdarah berhari hari  masuk minggu.
Ada jugak wanita malaya kawan kak lola yang nak period tapi tak period2 di sebabkan masalah pcos atau  pun hormon jantan dia lebih kut. Tu pasal payah nak period. Kena makan pil baru period/ darah kotor keluar.

Kasihan kan masalah masalah di hadapi wanita. Kadang kala tertanye2 kak lola. Suami suami, pak we pakwe , kaum Adam..perasaan kah masalah wanita2 di negara kite ni?

Sensitif tak dengan keadaan isteri yang memerlukan TENAGA lebih banyak untuk terus survive?

Wahai suami suami,
Di hari jumaat ni...kak lola mohon sangat.
Tanye2 la khabar isteri walaupon nampak dia sihat gagah berdiri.

Oh ha ni lagi satu kisah...
Ada kawan kak lola dah nak beranak masok no 6 dah anak dia. Baru baru ni berkongsi...Baru yang ni la dia nak temankan si isteri check sama sama ke hospital. Dari no 1 hingga anak no 5. Semuanya pergi sendiri. Drive sendiri.

Allahu Akbar.
Dahsat kan?
Bertungkus lumus si isteri berkerja, siapkan anak ke sekolah pagi pagi, mengandong lagi. Pergi drive sendirian ke hospital untuk monthly checking. Sendirian kauuuuu.

Mampu?

Jadi wanita ni banyak pengorbanannya, banyak SABARnya.
Yang perlu di ambil berat dari segi kesihatan pun banyakkkkkkkkkkkkkkkkk.
Kalau ada suami suami yang prihatin, period tak henti2 dah masok 2 3 minggu.
Bawak bawak la isteri ke doktor.
temankan la..sayangi la isteri anda macam masa mula2 korang prihatin waktu belum berkahwin dulu.

Macam macam kes kan...sib baik kak lola lum jadi Doktor. Kih!

Sejak beberapa hari kak lola dengan Bios Life product, apa yang kak lola boleh kongsikan... amalkan minum Super chlorophyl ni.

Hijau tawar rasanya Chlorophyl ni.
Tibe time kak lola period week, alhamdulillah semuanya lancar. Tak de plak sakit2 dah. Sakit2 pinggang tu normal la sikit2 ada. Cume tak la meroyan tanpa Chlorophyl.
Mood nak marah2 pun terkawal. Ianya tertera - REDUCE MENSTRUAL DISCOMFORT

Sile baca kebaikkan Chlorophyl disini. Harga pun tak mahal mana. RM75 sahaja. :)

Mood kak lola | geli hati...muka ala ala model slimming centre dah UP dahhhh. Teruja dengan pertemuan bersama kak D esok. Debar debar sebab minggu depan minggu yang di tunggu tunggu.


No comments:

Post a Comment