Hari Jumaat lepas kerja...bergegas aku balik rumah zana. Eh! apapasal plak aku balik rumah zana? Ko tak ada rumah ke Lily?
Hiks...Aku parking kete mewah...eh! kete sport aku kat rumah zana je lah. HEEEE...
Jenguk Al meera dan mak zana di rumah kejap, sementara tunggu zana bersiap. Al meera anak buah pertama keluarga Tok Zul sangat la selamba bedah wajahnya. Ko buat la apa kat dia..muka dia maintain ketat sahaje. Wakakakaka Damn ...cute gilak budak ni tau!!!!
Raut wajah Al meera seperti berkata " apa sengal la kawan mak long sorang nih" Wakakakakaka
Bersama adik zana, kami bertiga berdesup ke Midvalley untuk sesi Nur Kasih The Movie bersama sahabat tersayang.
Kapal senget sudah ada, lanun mana? ;)
Sampai di Midvalley layankan si zana beli llining untuk chiffon baju hari rayanya dulu di KAMDAR. Wah! banyak banget kain, hampir aku naik juling. Aku benci Midvalley sebab bagi aku susah nak carik parking, tapi di Midvalley...macam macammmmmmmmmmmm ada. Adessss.
Lepas beli kain, kami menonong ke McDonald kelaparan. Menonong naik tangga, tersembul wajah salah seorang sahabat kami. Aku tak cakap apa apa pun...dia seolah2 mendengar suara hati aku iaitu
"apasal org call ko tak angkat?" suara hati aku ni...tak bukak molot pon tau
"SIMkad aku rosak, SIM kad aku rosakkkk" dia balas sambil terbeliak2 bijik mata tahan kegeraman.
Wakakakakakak comel!
Oh! sebelom makan. adik zana pegi collect tiket. Kemain berjela tiket di beli...macam full satu row kami booking gitu. Padahal setahu aku hanya aku zana adik zana diana dan budak sim kad rosak sahaja yang menonton.
Apa pasal tiket berjela jela huh????Aku senyum kambing sendirian.Korang tak yah la nak bagi element2 Suprise kat aku woi!!! :))
Memanjat tangga tempat duduk atas Mcdonald, aku mendengar luahan perasaan dan tekanan sahabat dengan Director baru di kompeni beliau.
"Vavi, vangang, vavi, vodoh punya Boss la encik G tu...aku tak respect langsong dengan orang macam dia" tak henti2 sahabat meluahkan perasaan.
Sapa nama boss ko tu ek ? tanye si zana nak tahu lebih lanjut..
"Encik G, dulu dia keje kat kompeni ni. pastu bungkus, pastu dia pegi kompeni ni..pastu karput jugak" balas budak sim rosak tak habis lagi meluahkan
"Encik G bin? wahahahahahaha...itu abang kepada pakSu aku la woi" mengaku si zana selepas mendengar dengan teliti salah silah company2 tempat Mr G pernah bekhidmat.
Hamik kau!!!! What a small world kan.
Mak atuk dah pernah pesan, cakap malam malam pelahan2...cakap siang siang, jeling2. Kan dah kena seketollll.Sedara kawan sendiri yang di vavi , vanggangkan.
Waduh. Menarik bukan?
Ini belum lagi review untuk Nur Kasih The Movie kauuuuuuuuu...Aku dah haus.wakakakakak
Lanun teleng kah? wakakakaka
eh eh! macam kenal jek muka 3 serangkai ni... aku nampak zek, adik zek dan Nur Amina [makcik Salbiah] 3 beranak menunggu kami. Dah haku hagakkkkkkkkkkk korang join menontonnnn...buekkkk!!!!
Selesai solat maghrib, Nur kasih the movie jadi tontonan kami. Nak sedih jee...si budak sim kad rosak buat lawak.
Boleh di katakan, setiap kali ada plot sedih...aku tak sempat nak feeling dah masok plot sedih berikutnya.Last last aku tergelak dik komen dari si budak sim kad rosak. Aduiiii laaa...
Selain dari kehebatannya yang sedia ada, Nur Kasih The Movie masih banyak juga kelemahan terutama dari sudut make up artist ...sangat la jelas make up Fiz Fairus tu.Ampun tuanku. Tak pasal2 muka fiz firus jadik bahan gelak aku tau. Kalah kuih tepung gomak mak leha dah korang kerjakan muka si fiz fairus. Malas tau!
Teknik CGI kereta api dan api yang di guna pakai....alahai. Aku yang tak ada ilmu CGI pon tahu, api itu di buat buat sangat.....tak reti ke tak berapa pandai lagi ek? Ouch! soalan.
Aksi seksi Nur Amina masa tersedar dari pengsan selepas kemalangan keretapi jugak membuatkan aku dan budak sim kad rosak tergelak terbahak2. Sebijik macam ikan duyung terdampar di padang pasir gaya kau apa pasallllllllllllllll? Ko pose tergolek lemah longlai sudahhh..x payah la pose sexy nyah oiii..wakakakaka
Overall, apa yang boleh aku katakan...aku lebih suke tonton DRAMA Nur Kasih The Series di TV3 daripada The Movie.
So far, movie Melayu yang sempat menyiat perasaaan aku dan menyumbatkan hingus di hidung aku semasa menonton ialah movie SEPI & Papadom. Sungguh menyayat hati.
Apa pun pujian dan kritikan hakak, tahniah kepada seluruh warga yang menjayakan Nur Kasih The Movie kerana berjaya mengheret aku ke panggung wayang untuk menonton Nur Kasih The Movie.
Pastinya ada yang menarik sampai aku ke panggung kan.
Keep up a Good Work Yall! ;))