Aku baru je menulis pasal Anak....pasal baby.
Image dari blog Dr Zubaidi
Sedang bersiap siap nak sertai sahabat sahabat ber bowling tengahari ni.
Aku terima berita kurang menarik dari sms ku
"Kak, aku keguguran lagi...sekarang ada di hospital XxxX"
Sayu ny hati ku mendengar berita itu hari ni. Aku terus terduduk di bucu katil.
Baru sangat rasanye,adik manis khabarkan berita gembire tentang kandungannya minggu lalu.
Ini adalah keguguran kali ke 2 buat adik manis.
Aku mintak adik manis tabahkan hati....tiada ucapan lagi yang mampu ku berikan.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji un hati ini berkata kata tak henti2nya.
Dalam redha dan berteka teki mencari jawapan kenapa dan bagaimana terjadinya keguguran.
Aku serta merta hilang mood untuk bergembira dengan rakan rakan untuk melongkangkan balingan bola bowling ku hari ini.
Aku cerita kan kepada encik suami, encik suami cuba pujuk hatiku bawak ku makan tengahari dan melawat adik manis.
Sepanjang perjalanan, aku senyap sunyi. Tiada gelak, tiada ketawa.
encik suami faham kot gelodak dalam hati ku.
Hati ini terus terusan ingin mencari jawapan keguguran dan cuba memahami tragedi yang berlaku.
Aku mahukan jawapan dari yang pakar.
Aku google. Aku temui blog Dr Azwan. Aku tak siasat secara detail siapakah sebenarnya
Dr Azwan.
Aku harap sangat jawapan yang di berikan doktor ada lah jawapan yang aku ingin dengar agar aku mampu telan dan redha tentang makna Keguguran hari ni.
Alhamdulillah, Doc Azwan dalam tulisannya kata...
" Tahukah anda, bahawa 90% daripada fetus (anak) yang CACAT yang terbentuk di dalam rahim akan gugur? Ini termasuk penyakit genetik seperti Down's Syndrome. Maknanya, sekiranya fetus yang terbentuk itu tidak sempurna sifatnya, kurang genetiknya, cacat pembentukannya, maka kemungkinan tinggi ia tidak akan dilahirkan dan akan keluar sebagai keguguran. "
Oh Tuhan ku.Aku redha...
Adik manis, kamu jaga diri baik baik. Semoga cepat sembuh hati dan fizikal.
hujan turun renyai-renyai di luar.
Aku perlu keluar dan angkat jemuran di ampaian...
encik suami di panggil untuk kembali bertugas...
Maafkan akak tak jadi melawat mu.
No comments:
Post a Comment