Saturday, January 2, 2010

Terima kasih Tuhanku


Yeay!

Pagi tadi tunang aku dah tukarkan tayar baru untuk kerete kesayanganku. Kini aku boleh memandu kereta dan meluncur lebih lajuuu. laa laa laa.

Hari tu kakak pulak hadiahkan kasot baru...terharu sangat sangat. Walaupon baru lagi rasanya terima hadiah hari ulang tahun kelahiran, now dah dapat hadiah tahon baru pula.Oh Tuhanku terima kasih sangat sangat, aku bersyukur sangat sangat.

Semalam aku beli bantal baru Jean perry pillow. Malam tadi dapat la tido dengan lena. Masa makan tengahari tadi tunang pun dah tegur kulit muka aku dah nampak elok semula.

Esok nak buat apa yek? oh! aku nak kena buat facial. Hari isnin kan nak kerja semula. See you tomorrow Herbaline. wink*

Morale :: Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima ...so, selain menerima, aku jua memberi hari ni. Jersi MU original aku hadiahkan kepada niece kesayangan. Jaga baik baik, jersi itu antik.;))

Yogurt dan Salad

Semalam, jalan jalan dengan Tunang tersayang perancangan aku untuk tonton wayang Sherlock Holmes. Siapa tak kenal Robert Downey Jr , bagi aku dia ni seperti seorang pelakon yang unik...Jude Law pun apa kurangnya kan. Kacak aumm!hihi. Kami ke Alamanda Shopping Mall, ini la satu satunya Mall kat Putrajaya. Mak ai! ramainya manusia ...majoritinya orang kite, orang Melayu. Kuasa beli tinggi dari bangsa ini di sini nampaknya.

Aku terpa kaunter nak melihat lebih dekat kalau kalau tiket Sherlock Holmes masih ada. Ala! Di jual pantas status tertera. Kempunan la aku gamaknya...aku tak suke tonton wayang duduk seat 1 row from the screeen. Aku bole jadi giler tekanan sebab screen depan mata, pergerakan pantas dekat dengan bijik mata menyebabkan aku mudah pening. Last sekali tak paham jalan cerita.

Abang, aku ajak ke Parkson. Abang nak cari baju tees baru katanya. Aku cari tanda harga bertulisan 70%.Hee. Tees Renoma printed Made in Paris. Wah!Jurujual kata " $36 je selepas discount".Kalau Abang ada tees baru, aku pun nak jugak bantal baru untuk diriku. Ahaks. Bantal jadi pilihan hati? Ha'ah aku perlukan bantal baru untuk membuatkan aku tido lebih lena di malam hari. Sejak menjak ini aku sukar dapat tido dengan lena, menyebabkan kulit wajah aku jadi kusam. Aku perlukan bantal untuk tido yang lena.

Aku ke tingkat bawah. Yes! Bantal murah bantal murah...aku tangkap satu, tapi Abang yang bayar. Ehiks.

Sedar tak sedar, hari dah petang, matahari dah mula segan silu menyembunyikan wajah. Aku dan Abang beransur balik. Aku dan Abang sudah pandai berjimat cermat sekarang. Kalau dulu kami suke berbelanje sesuka hati tak ingat dunia, kalau dulu kami suke makan Kenny Roger la, kini tak perlu lagi. Satu hari dengan permulaan yang sihat dan hebat untuk tahon baru kan? Cool. Aku senyum sendiri puashati.

Esok kite berjumpe lagi yea.

Misi : jimat cermat...berlebih lebihan itu hanyala nafsu.

Friday, January 1, 2010

2010 Dari balkoni ini

Malam tahon baru ...aku di mana? aku pegi mana? Nak tahu ke?

Aku tak kemana mana pun...aku duduk depan TV tonton cerita The Da vinci CODE sorang sorang. eee kesiannyeeeeeeee...macam bosan je kan.Lepas tu aku baca buku cerita Sophie
Kinsella yang tak habis habis aku baca. Aku tekad nak habiskan hari ni jugak. Tahon baru kan, kena rajin dan banyak membaca. ..eh chop!berbau azam plak kata kata ni kan...azam tahon baru ke nie? owh noooo.Aku sangka azam aku 1 je nak kahwin, now dah jadi 2. walah!

Tetapi sebenar-benarnya aku sendiri yang pilih untuk tidak menyambot 2010 malam tadi...aku sendiri yang pilih untuk tidak keluar kemana mana, tidak mahu bersama sesiapa.
Ada kala SEPI itu INDAH...heh, ye ke?
Ada kala Sendirian itu INDAH. wink*


Kali terakhir aku sambot countdown tahon baru, hmmm tahon bile yek? Seingat aku, aku raikan malam tahon baru itu dengan diana, zana dan zai di Putrajaya..owh yea!ada konsert jiwa jiwa
luka dari kumpulan rock yang aku tidak kenali. Aduhaiiii...sambutan new year kena dengar lagu kecewa putus cinte plak...Negara aku ini seolah olah tak reti reti, tak pandai pandai nak buat
kelainan bagi sambutan tahon baru tau.



Setiap kali keluar, hanya ada percikan bunga api, konsert [kalau nasib ko tak baik, tambah pulak silap pilih port ..contohnya macam yang aku pernah alami la kan..hahaha silap haribulan event organizer panggil penyanyi tahon 60 an...haaa bergegar la kepala otak layan lagu lagu A rahman Hassan]. Ehem...ehem...Aku bukan anti A rahman Hassan, cuma tolong la jangan di keudarakan pada malam tahon baru.Tak sesuwaiii pakcikkk oiii.

Aku hantarkan text kepada rakan rakan yang aku sayangi dengan ucapan agar tahon 2010 lebih
baik belaka dari 2009...of course la ucapan baik baik kan.
Cuba kalau aku hantar ucapan macam " wei makan satay malam new year tak ajak aku, taik betol la korang!!!" Sure ramai yang terus tak mahu contact aku tahon baru pulak kan atau gelak sampai air mata dan air hidung meleleh....siap mintak pinjam wiper lagi. Ehiks.

tepat jam 12:00 malam, dari balkoni playhouse aku nampak percikkan bunga api...dari kaca tv pula, sambutan count down malam tadi yang ku lihat dari Dataran prima Tv3...aduhai bosannya, Percikkan bunga api masa perkahwinan anak buah aku si Hisham di Banting bulan lalu lagi gempak aku rase [ owh!agaknya bapak mertua hisham dah habiskan stok bunge api dulu
kut...ehiks.Sedap gigi aku je buat cerita.]

Cuba la dia org buat fire works dari atas bangonan tinggi turun ke bawah pulak ke...atau fire works dari blok aku ke blok depan ni ke...[budak blok mental institute ni asyik duk stare
balkoni rumah aku...macam kat rumah aku ada fireworks meletus letop ...pfft!] Kelainan...perubahan...sesuatu yang baru. Aku sukekan kelainan.

Aku rasakan tiada kelainan dalam sambutan tahon baru mengundang rasa bosan dalam dada aku ini.


Ps : ps ni makna dia apa ek sebenarnya? hayoyooo...
projek DAY 1 : fyi, aku dah siap kemas bilik aku yg cute miut nieeeee...KIPAS DAH lap dan di bersihkan.no more habuk. Bag bag sudah di susun atur untuk penyimpanan.
tema : KEMAS, BERSIH DAN WANGIIII. ;))

Thursday, December 31, 2009

Hola! Dua puloh Se puloh

Aku nak menulis apa yang aku mahu luahkan di sini. Dulu aku menulis, tetapi kini aku rasakan ruang penulisan dan luahan perasaan aku di ikuti terlalu ramai oleh mereka yang sangat aku sayangi.

Aku suke berterus terang, itu sifatku. Andai aku sukekan sesuatu, aku dengan terus terang aku katakan..."kamu cantek hari ni". Andai aku tidak gemar dengan apa yang aku lihat atau pandang atau dengar, aku dengan terus terang katakan ..." perbuatan kamu itu tidak manis di pandang orang, andai aku tidak tahan akan sesuatu raut wajahku mampu menjelaskan kesemua maksod ketidak selesaanku". Itu la sifat ku. Seorang yang berterus terang.

Malangnya, ada kala sikap suke berterus terang pada diri ini secara tidak sengaja boleh melukakan hati kerana kebenaran itu memang pahit dan menyakitkan untuk di terima kan. Tambah tambah pula kepada mereka yang memiliki sifat sensitif tahap dewa, pastinya menilai aku di bawah kategori good good je minah ni. Aku hanya insan biasa, sama seperti kamu.

Di sini, aku ANDAIKAN aku tidak tahu atau tidak kenal siapa sebenarnya pembaca tulisan aku, aku tidak perlu lagi bimbang untuk meluahkan pendapat, cadangan, pandangan yang sebenar seikhlas hati...bukan hanya untuk panduan pembaca, juga untuk muhasabah diri penulis sendiri. Itu niat aku.

Misi untuk tahon baru...
Aku balik playhouse hari ni, hajat hati kunun kunun nak kemas bilik untuk menyambot tahon baru 2010.Ho ho ho...



Lap sana lap sini, alih sana alih sini...rehat kejap.Aku baca la azam tahon 2010 kawan kawan, mereka kata...

  • aku nak heret azam tahon 2009 ke 2010....ni ada azam ke tak sebenonya ni Leha??? gurau saje Leha"
  • ada sorang ni plak kata dia nak beli kete baru dan cari bini dan nak jaga solat dan dan dan dan....berderet gak la azam dia, sekali baca macam menu makanan di restaurant mamak makbul TTDI ...jgn marah "jake sully". cenyum cikit. Haaa gitew.
  • ada sorang tu nak bertunang rasanya...seri air muka tu bersinar2 lain macam skit...pakwe plak tengah sayang bergunikan
  • "jangan tunggu lama lama ...nanti lama lama, dia di kebas orang...sing with me!! eeeehiks.
  • ada sorang tu plak aku serkap jarang jela azam dia eh....aku agak azam dia sure nak tukar keje ...setahon kau dia merenggek renggek tak suke kerja sekarang...tahon depan kalau dia masih merenggek renggek renggek...agak agak leh rabak gegendang telinga aku nie, aku ingat aku nak pindah rumah la kut...haha...
  • azam aku 1 je tahon ni, aku nak jadi RAJA SEHARI...eh chop!aku perempuan ...PERMAISURI SEHARI.Hik.



Tuesday, December 22, 2009

Happy New year everyone


Dear valued customer and visitors,

Lilies tidak beroperasi buat sementara waktu. Kesibukan menghadiri majlis perkahwinan rakan dan taulan.
Juga, sibuk mempelajari ilmu menjahit manik dan labuci.



20 teknik dan design bakal di kongsi bersama tidak lama lagi.

Tunggu yek ;)).

Perniagaan ini akan beroperasi semula di tahon baru 2010.
InysAllah.

Selamat tahon baru semua.
Semoga tahon hadapan memberi kebahagaian dan kemurahan rezeki berpanjangan.

Amin.

Sunday, August 30, 2009

Up Up to the sky



Petang tadi, aku teman berbuka puasa dengan "boy fren" ku hik...Menu pilihan hati ialah
nasi puteh, lauk sup daging dengan ikan pari bakar cicah sambal kicap.
walah!

Lepas tonton berita jam 8 malam, boy fren kata "Jum kite tengok wayang"
Aku suke sangat sangat.
Kami bercadang tonton di One utama menonton movie animasi UP.
Best dan kelako.
Walaupon ianya movie animasi tetapi di mata kasarku, dah tak macam animasi.
Real habis wa tell u!

UP adalah movie animasi lawak adventure mengisahkan kehidupan lelaki tua berusia 78 tahon kematian isterinya Elie dan mengimpikan kehidupan di Paradise Falls.
Paradise Falls di mana weh....South Amerika, in Amerika but south...wakakaka kelako cara dia sebot bab itu.
Akibat pembangunan persekitaran kehidupannya yang membangon dan dia semakin tua sendirian, di mengambil keputusan mengikat rumahnya dengan belon dan terbang semata-mata nak mencapai matlamat dan cite citenya berumah di Paradise Falls di Selatan Amerika....

Amerika tetapi di Selatan -hahaha
kebetulan seorang budak berusia 8 tahon yang gemarkan perjalan mencabar telah mengikutnya tanpa di sedari... Russell budak berusia 8 tahon yang gemok dan juga kelako.

Animasi yang sunggoh mengaggumkan.
Sempurna sekali hasil animasi Pixar kali ini.

Saturday, August 29, 2009

Chocolate


Selepas dengar tawaran baru di berikan oleh Country Manager, Sumber Manusia H*
Aku bengang memang bengang.
masih bengang.
Bermula 1st Nov 2009, aku bakal terima gaji sebulan plus gaji sebulan lagi. Wah 2 bulan gaji dalam 1 bulan.

Apa pasal lu nak bengang.
Sebab tahon depan gaji bersih aku jadi kecik dan sedikit, itu pasal bengang.
Gaji aku 3000 x 12 bulan di / 13 = berapa wa dapat?
Bukan 3000 kan?
Sikalang sudah kulang.

"Duit tak cukop tak payah beli lah"
Chocolate
by Yasmin Ahmad